(A) Pendahuluan
Biasiswa Binary Bakat-Desa telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, Malaysia pada 9 Oktober 2023 di Hotel Le Meridien, Putrajaya.
Biasiswa berjumlah RM60 Juta ini akan manfaat 800 pelajar Desa dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Setiap biasiswa bernilai sehingga RM77000 dan meliputi yuran pengajian dan peperiksaan. Kesemua Biasiswa ini adalah untuk mengikuti pengajian di Binary University. Pelajar hanya perlu bayar Yuran Pendaftaran RM1500 setiap tahun.
(B) Program-program yang Ditawarkan
7 program yang ditawarkan dibawah Biasiswa Binary Bakat-Desa adalah
- Diploma Sains Komputer (Aliran BM)
- FA + BA (Hons) in Accounting ( Tempat Terhad )
- FA + BA (Hons) in Business Management
- FA + BSc (Hons) in Computer Science
- FA + BSc (Hons) in Management of Technology
- FA + BA (Hons) in Marketing
- FA + BA (Hons) in Entrepreneurship (Tempat Terhad)
Nota : FA = Foundation in Arts
(C) 3 laluan ke Ijazah
Pelajar boleh menikmati Biasiswa Bakat-Desa seperti berikut
Untuk Lepasan SPM/STPM
- Mengikuti program Foundation dan terus mara ke Tahun 1 mana-mana Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang tertera dalam Seksyen B.
- Mengikuti program Diploma Sains Komputer dan terus masuk ke Tahun 2 mana-mana 6 Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang tertera dalam Seksyen B.
Nota: Pelajar boleh juga memilih program Diploma Sains Komputer tanpa melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.
Untuk Lepasan Diploma KPM/Politeknik
- Masuk terus ketahun 2 mana-mana 6 Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang tertera dalam Seksyen B diatas.
(D) Nilai Biasiswa
Biasiswa Penuh
- Pelajar yang mengikuti program Foundation dan seterusnya ke Ijazah Sarjana Muda Kepujian akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM77,000 setiap seorang.
- Pelajar yang mengikuti program Diploma dan seterusnya ke ke Ijazah Sarjana Muda Kepujian akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM73,000 setiap seorang.
- Pelajar yang mengikuti program Diploma Komputer & Pengurusan sahaja akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM34,000 setiap seorang.
- Pelajar lepasan Diploma Kolej Profesional Mara/ Politeknik akan menikmati biasiswa bernilai RM39,000.
Biasiswa Separa ( 50% )
- Pelajar yang mengikuti program Foundation dan seterusnya ke Ijazah Sarjana Muda Kepujian akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM38,500 setiap seorang.
- Pelajar yang mengikuti program Diploma dan seterusnya ke ke Ijazah Sarjana Muda Kepujian akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM36,500 setiap seorang.
- Pelajar yang mengikuti program Diploma Komputer & Pengurusan sahaja akan menikmati nilai biasiswa berjumlah RM17,000 setiap seorang.
- Pelajar lepasan Diploma Kolej Profesional Mara/ Politeknik akan menikmati biasiswa bernilai RM19,500.
(E) Syarat Memohon Biasiswa
- Kelayakan Minima : SPM dengan 5A Boleh memohon bagi Biasiswa Penuh.
- Pelajar yang mendapat 5 kredit hingga 4A, boleh menikmati Biasiswa bernilai 50% yuran pengajian.
- Kesemua Biasiswa ini adalah untuk mengikuti Pengajian di Binary University sahaja.
- Pelajar mesti menamatkan keseluruhan kursus Diploma atau Ijazah. Pelajar yang berhenti pada peringkat Foundation atau tidak meneruskan Ijazah Tahun 1,2 & 3 perlu “membayar balik” 100% yuran pengajian.
(F) Pemilihan Pelajar Bagi Biasiswa
- Pemilihan pelajar akan dilakukan oleh satu Jawatankuasa Khas Biasiswa yang terdiri daripada ahli akademik Binary dan luar serta dipengerusikan oleh Naib Canselor Binary University.
- Pemberian Biasiswa Penuh bergantung kepada beberapa kriteria seperti pendapatan keluarga, keputusan peperiksaan, aktiviti ko-kurikulam dll.
(G) Yuran Pendaftaran
- Bagi pelajar yang mendapat Biasiswa Penuh hanya perlu membayar Yuran Pendaftaran dan peperiksaan tahunan sebanyak RM1500. Yuran ini harus dibayar selepas mendapat Surat Tawaran Biasiswa dari Binary University dan seterusnya 2 minggu sebelum permulaan Tahun Akademik berikutnya.
- Bagi pelajar yang mendapat Biasiswa Separa (50%), pelajar perlu membayar yuran pendaftaran tahunan sebanyak RM600 dan yuran pengajian seperti berikut
(H) Tarikh Kemasukan Kursus Pengajian
Biasiswa Bakat-Desa hanya akan ditawarkan untuk Sesi Kemasukan Julai dan September 2024.
Tarikh Tutup Permohonan |
|
Tarikh Masuk Pengajian |
|
(J) Cara Memohon
- Isikan Borang Permohonan “Biasiswa Binary Bakat-Desa” (Sila klik butang “Mohon Sekarang” dibawah)
- Muatnaik keputusan SPM, STPM & Matrikulasi
- Tunggu untuk Panggilan Temuduga daripada pihak JKB dalam bulan Julai / September 2024.