LATAR BELAKANG BINARY UNIVERSITY
Binary Universiti mula beroperasi sebagai sebuah kolej pada tahun 1984. Ia merupakan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) yang pertama untuk menawarkan program-program peringkat diploma dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Binary Universiti khusus dalam membimbing pelajar-pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Pelancongan, Perakaunan, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat. Binary merupakan antara 10 IPTS pertama yang dinaik taraf kepada status kolej Universiti oleh kerajaan Malaysia dalam tahun 2004 dan seterusnya kepada Universiti Penuh dalam tahun 2012.
Graduan-graduan Binary kini bekerja di firma-firma swasta, jabatan-jabatan kerajaan dan ada juga yang menjadi usahawan yang Berjaya. Ini adalah kerana latihan yang mereka perolehi di Binary bukan sahaja meliputi teori malah banyak menekankan aspek-aspek praktikal yang sangat diperlukan dalam alam pekerjaan sekarang. Terdapat lebih 1280 juta Fakulti Pakar Industri dari pelbagai sektor industri yang berganding bahu untuk melahirkan graduan unik iaitu graduan ISP (Industry Specialist Professional).
Pelajar antarabangsa dari 60 buah Negara mengikuti pengajian di Universiti Binary termasuk dari Indonesia, China, India, Maldives, Mauritius, Taiwan, Vietnam dan Uzbekistan. Pihak pengurusan Binary mengambil berat terhadap perkembangan semasa dengan memperkenalkan program-program selaras dengan permintaan majikan. Semua kursus yang dijalankan di Binary meliputi unsur-unsur pengurusan, keusahawanan dan teknologi maklumat terkini.
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TINGGI
Antara sebab utama mengapa pelajar memilih Binary University adalah graduan Binary menikmati kebolehpasaran kerja yang amat tinggi iaitu pada kadar 96% (Punca: Tracer Study, KPT).
Graduan menikmati kebolehpasaran kerja yang sangat tinggi atas sebab – sebab berikut
- Graduan dapat memiliki pelbagai kemahiran industry-spesifik.
- Graduan dipupuk dengan kandungan kursus yang terkini dan relevan.
- Pensyarah kursus yang berpengalaman luas dan berkelayakan tinggi.
- Fakulti Pakar Industri yang dapat berkongsi pengalaman industri termasuk membuka banyak peluang pekerjaan.
- Ecosystem – Based Education Model (EEM)” yang menghubungi graduan dengan ribuan majikan dan usahawan.
PROGRAM-PROGRAM ALIRAN BAHASA MALAYSIA
Binary menawarkan program-program diploma berikut dalam aliran Bahasa Malaysia
Diploma Komputer dan Pengurusan (DKP)
Diploma Perakaunan (DPA)
Diploma Pengurusan Pelancongan (DPP)
ANUGERAH KECEMERLANGAN
Binary telah dianugerahkan pelbagai anugerah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti dibawah
INTRODUCTION
The Foundation Degree in Arts (FDA) at Binary University prepares ‘O’ Levels and Grade 10 high school – leavers for direct entry into the First Year of any one of our Undergraduate Degree. The Binary FDA is unique in that it allows students to diagnose a wide range of Pre University subject areas in the first 2 semesters and when students have a better understanding of University degree options, presents multiple pathways in Accounting, Business, Marketing, Entrepreneurship or IT in the final semester for one to specialize in.
The uniqueness of the FDA are :
- It takes away the pressure from high school-leavers who often have to make the very difficult decision whether to choose a Foundation in Arts, Science, Communication or Accounting.
- The FDA opens numerous degree pathway opportunities as students can opt to do a degree in Accounting, Business, Marketing, Entrepreneurship or IT/ Computer Science.
- The FDA provides you opportunities for interdisciplinary study with an emphasis on problem solving and analytical skills, thus helping to unlock your fullest potential.
- You will be able interact with international students which will provide you with rich intercultural experiences, thus preparing you to become a truly global graduate in the future.
PROGRAM AIM
The programme aims to equip students with a sound knowledge in Arts, Business and IT thus preparing one adequately for university level education and career development.
LEARNING OUTCOMES
Upon completion of this programme, you will be able
- To utilise facts to describe and discuss concepts, principles, and processes in the broad areas of Arts, IT and business.
- To identify, analyse and solve problems using innovative strategies.
- To conduct academic activities such as collect, analyse, organise, and process data/information to make conclusions individually or in groups;
- To communicate effectively orally and in writing;
- To Utilise digital technology applications to seek and process data related to a specific field of study; and
- To interpret, and use relevant information to pursue higher learning independently.
ENTRY REQUIREMENT
The FDA is a 3 semester full time programme offered over a 12 month period. Entry into the programme is ‘O’ Levels with minimum 5 credits.
DURATION
1 Year
MODULES OFFERED
Please Click on the button below for “Modules Offered”
FEES
Please Click on the button below for “Fees”
PENGENALAN
Program DKP mula ditawarkan pada tahun 1989. Program ini telah melahirkan lebih 20000 graduan. Matlamat utama program DKP adalah untuk memenuhi keperluan sektor PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) atau SME (Small Medium Enterprise). Terdapat lebih daripada 950,000 majikan PKS di Malaysia. 65% daripada semua pekerjaan di Malaysia ditawarkan oleh sektor PKS. Hampir 90% daripada majikan PKS menawarkan perkhidmatan perniagaan dan oleh itu memerlukan graduan-graduan yang mempunyai kemahiran berkaitan dengan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan seperti pemasaran , pengurusan am, pengurusan sumber manusia, perakaunan, logistic dan sebagainya.
Oleh yang demikian, graduan DKP mempunyai masa depan yang amat cerah. Ini adalah satu sebab utama mengapa graduan DKP menikmati kebolehpasaran pekerjaan yang cemerlang iaitu pada kadar 96% – 100% setiap tahun.
MATLAMAT PROGRAM DKP
Program DKP bermatlamat melengkapkan pelajar dengan kemahiran utama yang sangat-sangat diperlukan oleh majikan SME iaitu kemahiran dalam bidang komputer dan kemahiran dalam bidang pengurusan.
- Dalam bidang computer pelajar boleh memilih laluan teknikal (programming, networking dsb)atau laluan bukan teknikal (video production, aplikasi terkini dsb).
- Dalam bidang pengurusan, pelajar akan dilengkapkan dengan kemahiran spesifik pekerjaan iaitu:-
- Pengurusan Pemasaran
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pengurusan Pejabat & Kewangan
Prospek Kerjaya
Graduan DKP dapat bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan memandangkan kemahiran yang diperolehi adalah amat diperlukan oleh sektor SME. Antara pekerjaan yang anda bekerja adalah:-
|
|
Dari Diploma Ke Ijazah
Pengenalan
Program Diploma Perakaunan (DPA) adalah satu program yang sangat popular sebagai pilihan pelajar lepasan SPM atas sebab terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang ini serta gaji yang ditawarkan adalah lumayan. Negara kita memerlukan lebih daripada 60,000 Akauntan Bertauliah dan lebih daripada 240,000 staf sokongan perakaunan sebelum tahun 2025. Setiap firma mahupun besar atau kecil memerlukan pakar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran perakaunan. Inilah sebabnya permintaan untuk Akauntan Bertauliah dan staf sokongan akauntan sentiasa mengatasi penawaran. Diploma Perakaunan @Binary akan melengkapkan anda dengan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang akan membolehkan anda menjadi profesional perakaunan dengan kebolehan pasaran yang tinggi.
Matlamat Program DPA
Matlamat utama Diploma Perakaunan @Binary adalah untuk melengkapkan anda dengan pengetahuan terkini dalam bidang perakaunan dan kemahiran praktikal yang relevan untuk menjadi seorang profesional dalam bidang perakaunan. Program ini juga dapat membuka peluang pekerjaan dalam sektor kewangan. Graduan DPA akan memperolehi khusus dalam mengenai akaun, pengauditan, percukaian dan kewangan.
Prospek Kerjaya
Graduan program Binary-DPA menikmati kebolehan pasaran kerja yang amat tinggi pada kadar 96%-100%. Setelah tamat program ini, anda dapat bekerja sebagai:
|
|
|
Syarat Kemasukan
- Lulus dalam SPM atau setaraf dengan minimum 5 kredit termasuk Matematik; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan minimum Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana subjek, dan kepujian dalam Matematik; ATAU
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan gred minimum Maqbul (lulus) dan kepujian dalam Matematik; ATAU
Keunikan Program Binary
- Sebahagian besar program ini diajar oleh Akauntan Bertauliah yang berpengalaman luas dari industri iaitu bakal majikan anda.
- Dapat melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Sarjana Muda Kepujian di Binary.
- Dapat menikmati pengecualian Tahun 1 Ijazah. Ini dapat menjimat masa dan anda dapat menamatkan Ijazah BA (Hons) Accounting dalam tempoh 2 tahun sahaja selepas DPA.
- Dapat menjadi ahli Profesional Associate Member CPA (Australia) selepas sahaja tamat Ijazah BA (Hons) Accounting di Binary University.
Dari Diploma Ke Ijazah
Pengenalan
Industri pelancongan menawarkan jumlah perkerjaan yang amat tinggi. Tahukah anda bahawa seramai 3.6 Juta orang bekerja dalam sektor pelancongan dalam tahun 2020? Dengan pemulihan ekonomi dan pembukaan sempadan Negara, sektor pelancongan sudah pun mula menunjukkan pertumbuhan yang sangat memberansangkan.
Mengikut Rancangan Malaysia ke-12, seramai 24.3 Juta pelancong asing akan melawat Malaysia dalam 2025 dan ini akan membawa pendapatan bernilai RM 73 Bilion.
Jadi bagi pelajar yang berminat berkecimpung dalam industri pelancongan dan hotel,masa depan yang amat cerah menunggu anda semua.
Matlamat Program DPP
Diploma Pengurusan Pelancongan (DPP) bertujuan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan praktikal dan kemahiran industry-spesifik yang menyeluruh dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri pelancongan. Antara aspek-aspek penting yang diliputi dalam kursus ini adalah operasi pengembaraan dan pelancongan, pengurusan acara, pelancongan rekreasi, operasi kaunter hadapan, perkhidmatan interpretasi pengunjung dan sistem rangkaian global. Teknologi dalam pelancongan juga ditekankan bagi meningkatkan daya saing graduan DPP.
Prospek Kerjaya
Peluang kerja adalah satu soalan wajib bagi setiap pelajar sebelum memilih program pengajian. Dengan pemulihan ekonomi dan pembukaan sempadan negara selepas kovid-19, banyak firma-firma dalam industri pelancongan sudah pun mula mengambil pekerja-pekerja baru.
Sebenarnya, industri pelancongan menawarkan banyak peluang pekerjaan seperti dibawah:
|
|
|
Keunikan Program DPP
- Program banyak diajar oleh pakar industri iaitu bakal majikan anda.
- Latihan Industri yang komprehensif diberikan.
- Lawatan industri-spesifik diselenggarakan oleh Pusat Kecermerlangan ISP-Binary.
- Dapat melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Sarjana Muda Kepujian di Binary
- Dapat menikmati pengecualian Tahun 1 ijazah. Ini dapat menjimat masa dan anda dapat menamatkan Ijazah dalam 2 tahun sahaja.
- Dapat menjadi ahli Professional ABE(UK) selepas tamat DPP.
Dari Diploma Ke Ijazah
Sempena ulangtahun Ke 38 Binary menyediakan Geran Pendidikan Binary berjumlah RM 33.5 juta yang dapat manafaat 2000 pelajar bagi mengikuti mana-mana Diploma dalam aliran BM.
Setiap pelajar akan diberikan Geran diantara RM15,000 – RM 21,000 bergantung kepada program diikuti. Geran ini tidak ada Sebarang Ikatan dan tidak perlu dibayar balik.Butiran Geran adalah seperti berikut.
| Yuran Biasa | Geran (GPB) | Yuran selepas Geran |
Diploma Komputer Pengurusan | RM 36,000 | RM21,000 | RM15,000 |
Diploma Perakaunan | RM 30,000 | RM15,000 | RM15,000 |
Diploma Pelancongan | RM 40,000 | RM25,000 | RM15,000 |
LANGKAH 1
Untuk kemasukan Sesi Akademik bermula 26 Julai 2022 dan 23 Ogos 2022 sila memohon Geran, dengan klik butang pautan dibawah.
LANGKAH 2
Surat tawaran akan dihantar kepada e-mail anda. Jika memerlukan Hostel, sila tandakan di ruang berkenaan.
LANGKAH 3
- Kembalikan Surat Terima Tawaran dengan bayaran yuran pendaftaran RM500.
- Pada peringkat ini,anda hanya perlu bayar yuran pendaftaran sahaja. Tiada bayaran lain dikenakan.
LANGKAH 4
- Anda akan memulakan pengajian pada 26 Julai 2022 atau 23 Ogos 2022 di kampus induk di Puchong Selangor.
- Anda perlu mohon pinjaman PTPTN dan PTPTN akan membayar yuran pengajian terus kepada Binary University.
Nota: Bagi pelajar yang tidak ingin mohon PTPTN, anda boleh membayar sendiri atau mohon mengeluarkan wang KWSP.
Syarat Permohonan PTPTN
Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Telah mendapat surat tawaran daripada Binary University;
- Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.
Jumlah Pinjaman
Peringkat Pinjaman | Kelayakan |
Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) |
75% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR) |
50% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR) |
Peringkat Pengajian | Jumlah Pinjaman Semester bagi Program Diploma | |||
Maksimum | 75% | 50% | ||
Program Asasi (Foundation) | RM6800 | RM5100 | N/A | |
Ijazah Sarjana Muda (Sastera) | RM13600 | RM10200 | RM6800 |
26 Julai 2022 | 23 Ogos 2022